Web Informer Button

SABAH TODAY

Welcome to Sabah Todays Official Website. Sabah Today Offer Current News For Politic, Economic, Society, Tourism, Education and Development Condition In Sabah And Borneo. You Are Invited to Share Your Idea To Transforms Sabah Into Develop and Rich State In Malaysia. Thanks From Sabah Today Administrator.

Saturday, June 11, 2011

Marsha Milan Londoh Convert To Islam


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Perkenalan singkat penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, dengan lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Z pada majlis pembukaan Restoran Celebrity Kopitiam milik komposer Ajai di Kota Damansara pada November 2009 akhirnya telah melahirkan bibit-bibit cinta.

Malah, Marsha yang sudah menjalinkan hubungan cinta selama hampir dua tahun dengan kekasihnya itu turut mengakui bahawa kedua-dua ibu bapanya juga sudah berjumpa dengan buah hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

"Sejak dari pertemuan kami yang tidak diduga di majlis pembukaan restoran abang Ajai lagi, kami sudah selalu keluar dan mengenali hati budi masing-masing. Syukurlah hubungan kami pun setakat ini tidak ada apa-apa masalah dan kekal sehingga kini.

"Lagipun kedua ibu bapa saya juga sudah berjumpa dan mengenalinya ketika majlis ulangtahun kelahiran saya diadakan di rumah saya pada 6 Disember lalu. Tiada apa yang istimewa atau formal ketika dia berjumpa dengan ibu bapa saya kerana rakan saya yang lain juga ada bersama ketika menyambut hari lahir saya ketika itu.

"Saya pun dah pernah berjumpa dengan kedua ibu bapanya waktu sambutan Aidilfitri yang lalu tetapi itupun saya datang bersama-sama rakan-rakan saya yang lain,"katanya ketika menghadiri majlis pelancaran drama bersiri Kum Kum di Restaurant Marche Movenpick, tengah hari semalam.

Menurut Marshalagi, setakat ini hubungannya dengan kekasihnya yang berusia 28 tahun itu masih lagi di peringkat awal dan dia tidak mahu tergesa-gesa untuk memikirkan soal kahwin tambahan pula kekasihnya itu berlainan agama iaitu beragama Islam.

"Kami masih belum terfikir untuk berkahwin lagi. Apatah lagi untuk saya memikirkan untuk menukar agama atau memeluk Islam kerana kami belum ke arah itu lagi. Tetapi mungkin saya akan fikirkannya kerana citarasa saya lebih kepada lelaki Melayu," katanya kepada murai.com.my

Apa yang pasti, nama bintang program realiti Akademi Fantasia musim ketiga ini selalu dikaitkan dengan ramai artis lelaki sejak dia mula menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan hinggalah sekarang.

Antara artis lelaki yang pernah dikatakan ada hubungan cinta atau rapat dengannya sebelum ini seperti pelakon, pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim, pelakon Hans Issac, Aliff Aziz , pengarah muzik, Ramli MS dan ramai lagi.

Marsha bagaimanapun mengakui dia masih keliru dengan segala gosip cintanya yang pernah timbul sebelum ini. Namun, dia bersyukur kerana kekasihnya seorang yang memahami dan bersikap terbuka apabila mendengar cerita dia dikaitkan dengan lelaki lain.

"Saya pun pelik kenapa saya selalu dikaitkan dengan ramai artis lelaki, padahal saya tidak pernah pun ada apa-apa hubungan rapat dengan mereka. Cuma mungkin kami pernah bekerjasama dan sikap saya yang terlalu friendly dan manja telah membuatkan orang curiga.

"Lagipun, kalau boleh mengelak untuk ada apa-apa hubungan dengan mana-mana artis kerana saya tak mahu pasangan kekasih atau suami adalah dari artis. Mungkin, sebab saya takut kot bila dengar yterlalu banyak sangat kisah cerai yang melibatkan pasangan artis.

"Syukur kekasih saya seorang yang sangat memahami. Apa sahaja berita atau gosip yang timbul berkaitan dengan diri saya, dia dengar dulu, kemudian terus bertanya kepada saya dahulu. Dia tidak cepat melatah dan terus memarahi saya. Malah, dia lebih bersikap terbuka," tambah Marsha lagi.

Marsha kini sedang sibuk mempromosikan album sulungnya yang berjudul Yang Pertama sejak albumnya yang menampilkan 5 buah lagu itu dilancarkan di pasaran sejak Januari lalu.

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment

Related Posts Plugin for Blogger...

This Day in History

Popular Posts